Allahyarhamah Hajah Rubiam binti Tasrip ...

Dilahirkan di Indonesia pada tahun 1906. Perkahwinannya bersama Sengod bin Hj. Abdul Manan, Allahyarhamah dikurniakan tujuh orang anak iaitu Maskiah, Ahmad Tamyis, Patonah, Mohamed Seth, Romlan, Sukinah dan Yatinah. Tamyis dan Patonah telah meninggal dunia ketika masih kecil lagi. Perkahwinannya bersama Ngiso pula, Allahyarhamah dikurniakan dua orang anak iaitu Suliman dan Saripah. Pada tahun 2005, Saripah meninggal dunia disebabkan sakit ahmar. Allahyarhamah Hjh. Rubiam meninggal dunia pada tahun 1986 ketika usianya 80 tahun.

Hari Keluarga Hjh Rubiam Kali ke -2 disambut meriah dalam hujan lebat

Majlis bermula pada hari Selasa, 15 Jun dengan aktiviti bebas di pantai bersama keluarga masing-masing, kemudian diadakan majlis Tahlil dan Doa pada pukul 9.00 malam. Selesai majlis tersebut, aktiviti memancing pula diadakan sehinggalah larut malam.
Pada hari Rabu 16 Jun, majlis bermula jam 8.00 pagi dengan pendaftaran peserta dan sarapan pagi. Hujan mula turun pada jam 8.45 pagi telah mengubah segala acara dan aktiviti yang telah dirancang. 'Kita mampu merancang, segalanya Allah yang menetukan'.
Mesyuarat tergempar terpaksa diadakan untuk memastikan segala acara dan aktiviti dapat diteruskan. Jawatankuasa sambutan telah bersetuju untuk meneruskan majlis dan Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun hujan lebat yang dianggap sebagai satu Rahamat dari Allah.
Tahniah kepada Pengerusi, En. Abd Rahim bin Abd Samad, Ahli Jawatankuasa Sambutan dan semua yang terlibat. Kerjasama yang diberikan dalam segala urusan dan bekerja keras bagi memastikan segalanya berjalan lancar dan menjadikan majlis ini berakhir dengan jayanya.Perkara yang sebeginilah harus diteruskan agar hubungan kekeluargaan sentiasa terjalin erat. Tahniah juga kepada Jawatankuasa Keluarga Hajah Rubiam yang baru dipilih. Semoga semua yang terpilih dapat menjalankantugas dengan penuh tanggungjawab.
Syabas kepada semua.....

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin baru buat pasangan Sahwahrani binti Suliman dan Muhammad Farhan bin Zainal .
Kami doakan agar jodoh bekekalan hingga ke akhir hayat. Selamat menempuh alam rumahtangga. Semoga tabah menghadapi apa jua dugaan dan rintangan. Sedangkan lidah lagi tergigit....

Hj Mohd Abas & Hjh Norizah terima dua menantu ...

Selamat pengantin baru kepada pasangan Siti Fatiha & Shafiruz Zahri dan pasangan Mohd Fathi Amir & Norhanizah. Ramai tetamu yang hadir pada majlis tersebut. Kemeriahan terasa dengan kehadiran sanak saudara dari jauh dan dekat. Dalam majlis yang beginilah kita dapat bertemu dengan saudara dan rakan-rakan untuk mengeratkan lagi hubungan Silaturrohim. Majlis yang berlangsung pada 25 April 2010 ini begitu bermakna buat Hj Mohd Abas dan isteri serta seluruh ahli keluarga kerana meraikan dua pasangan pengantin dalam satu majlis. Tahniah kepada kedua-dua pasangan pengantin.

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin baru kepada Norfazelah dan Mohd. Fauzi. Kami semua mendoakan agar berkekalan hingga ke anak cucu. Kepada Norfazelah, bawalah suami bertemu dengan sanak saudara agar kita dapat mengenali lebih rapat lagi dan mengeratkan hubungan tali persaudaraan dalam keluarga Hajah Rubiam.

KALIMAH ALLAH : BUKAN BERMAKNA ‘GOD’ SEMATA-MATA


ELAK SAMBUT VALENTINE’S DAY


PENGUNJUNG BLOG YANG KE 199

Sahdan bin Mohamed Seth adalah pengunjung blog yang ke 199 dan akan menerima hadiah dua keping CD Hari Keluarga 2008.
design by