Allahyarhamah Hajah Rubiam binti Tasrip ...

Dilahirkan di Indonesia pada tahun 1906. Perkahwinannya bersama Sengod bin Hj. Abdul Manan, Allahyarhamah dikurniakan tujuh orang anak iaitu Maskiah, Ahmad Tamyis, Patonah, Mohamed Seth, Romlan, Sukinah dan Yatinah. Tamyis dan Patonah telah meninggal dunia ketika masih kecil lagi. Perkahwinannya bersama Ngiso pula, Allahyarhamah dikurniakan dua orang anak iaitu Suliman dan Saripah. Pada tahun 2005, Saripah meninggal dunia disebabkan sakit ahmar. Allahyarhamah Hjh. Rubiam meninggal dunia pada tahun 1986 ketika usianya 80 tahun.

Hj Mohd Abas & Hjh Norizah terima dua menantu ...

Selamat pengantin baru kepada pasangan Siti Fatiha & Shafiruz Zahri dan pasangan Mohd Fathi Amir & Norhanizah. Ramai tetamu yang hadir pada majlis tersebut. Kemeriahan terasa dengan kehadiran sanak saudara dari jauh dan dekat. Dalam majlis yang beginilah kita dapat bertemu dengan saudara dan rakan-rakan untuk mengeratkan lagi hubungan Silaturrohim. Majlis yang berlangsung pada 25 April 2010 ini begitu bermakna buat Hj Mohd Abas dan isteri serta seluruh ahli keluarga kerana meraikan dua pasangan pengantin dalam satu majlis. Tahniah kepada kedua-dua pasangan pengantin.

0 ulasan:

Catat Ulasan