
Majlis bermula pada hari Selasa, 15 Jun dengan aktiviti bebas di pantai bersama keluarga masing-masing, kemudian diadakan majlis Tahlil dan Doa pada pukul 9.00 malam. Selesai majlis tersebut, aktiviti memancing pula diadakan sehinggalah larut malam.
Pada hari Rabu 16 Jun, majlis bermula jam 8.00 pagi dengan pendaftaran peserta dan sarapan pagi. Hujan mula turun pada jam 8.45 pagi telah mengubah segala acara dan aktiviti yang telah dirancang. 'Kita mampu merancang, segalanya Allah yang menetukan'.
Mesyuarat tergempar terpaksa diadakan untuk memastikan segala acara dan aktiviti dapat diteruskan. Jawatankuasa sambutan telah bersetuju untuk meneruskan majlis dan Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun hujan lebat yang dianggap sebagai satu Rahamat dari Allah.
Tahniah kepada Pengerusi, En. Abd Rahim bin Abd Samad, Ahli Jawatankuasa Sambutan dan semua yang terlibat. Kerjasama yang diberikan dalam segala urusan dan bekerja keras bagi memastikan segalanya berjalan lancar dan menjadikan majlis ini berakhir dengan jayanya.Perkara yang sebeginilah harus diteruskan agar hubungan kekeluargaan sentiasa terjalin erat. Tahniah juga kepada Jawatankuasa Keluarga Hajah Rubiam yang baru dipilih. Semoga semua yang terpilih dapat menjalankantugas dengan penuh tanggungjawab.
Syabas kepada semua.....
0 ulasan:
Catat Ulasan